Di MLC, kita sentiasa ada berita untuk dikongsi.
Penceramah undangan mengetengahkan diskusi terbuka dan jabatan mengadakan seminar yang merangsangkan sepanjang tahun. Pelajar dan tenaga akademik kami sentiasa menghasilkan pencapaian yang membanggakan untuk dilaporkan. Dan, anda boleh mencari yang terkini tentang yang berlaku di MLC dari daftar berita dan rencana di sini.
Wakil akhbar The New York Times di Jakarta, Nori Onishi, yang menulis berkenaan sistem pendidikan madrasah di Singapura, telah menukil pandangan Dr Mukhlis Abu Bakar. Laporan beliau bertajuk “In Singapore, a More Progressive Islamic Education” tersiar di akhbar tersebut pada 23 April 2009.
Dr Mukhlis Abu Bakar telah ditemu duga oleh Emmy Abdul Alim, penerbit/pengacara IOL Radio di Kahirah, untuk laporan minoriti mingguan beliau bertajuk “Islamic Religious Education in Singapore”. Laporan berkenaan dinaikmuatkan di lelaman IOL Radio pada 28 May 2009.
Sa'eda bentang kertaskerja di Kahirah
Dr Sa'eda Buang telah membentangkan kertas bertajuk “Madrasah Schools and the Challenges to Implementing Creative and Responsive Teaching Approaches & Methodologies” di Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Islam dan Tantangan Masa Hadapan, di Universiti Sohag, Kahirah, Mesir, 24 – 26 April 2009.
Pelajar B.A. (Pengkhususan Bahasa Melayu) Fauzia Jailani adalah pelajar NIE yang pertama meraih Ijazah Kelas Pertama sejak program itu diperkenalkan oleh NIE pada Julai 2001. Ikuti laporan mengenai kejayaan beliau dalam akhbar Berita Harian, 22 Januari 2009.
Kajian Cikgu Mohd Aidil Subhan menjadi tumpuan sebuah artikel “Making Malay meaningful for students” dalam SingTeach, Isu 20, Sep/Oct 2009, sebuah majalah maya NIE untuk para guru.
(Perhatian: ada makalah memerlukan langganan atau disimpan buat masa terhad.)
Makalah Dr Razif Bahari tentang novel di Asia Tenggara telah diterbitkan dalam Blackwell's The Encyclopedia of the Novel (2009). Ensiklopedia antarabangsa ini merupakan bahan rujukan peting yang mengandungi maklumat tentang novel, sejarahnya, terminologi dan konsep-konsep penting dalam genre sastera ini. Makalah Dr Razif adalah satu-satunya sumbangan dari Singapura, di antara sumbangan oleh para sarjana dari Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.