Lelaman ini telah dilawati kali semenjak 25 Februari 2008


Jurnal e-UTAMA adalah jurnal elektronik berwasit, dan dikelolakan oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Jurnal e-UTAMA bertujuan untuk menjadi wahana penerbitan penulisan akademik kepada para pengkaji dan penyelidik dalam bidang pendidikan, bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Ia juga sebagai sebuah medan intelektual untuk para akademik dan penyelidik mengemukakan penemuan baik berupa dapatan, metodologi, esei, kritikan juga teori.
Jurnal e-UTAMA berbentuk dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang menyiarkan artikel, kajian, laporan penyelidikan, resensi, kritikan dan bentuk penulisan lain yang bersifat ilmiah. Semua penulisan yang diterima akan dibaca dan diwasitkan oleh sidang pengarang dan tokoh-tokoh yang berkepakaran yang dilantik. Jurnal e-UTAMA diterbitkan satu kali setahun.
Jurnal e-UTAMA menjemput para ahli akademik dan penyelidik dalam bidang pengajian Melayu: bahasa, sastera, kebudayaan dan pendidikan, untuk memberi sumbangan penulisan. Semua hakcipta artikel dipegang oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu.
Jurnal e-Utama
Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu
1 Nanyang Walk
Faks (65) 6896 9033
Institusi Pendidikan Nasional
Singapura 637616
Emel razif.bahari@nie.edu.sg
Universiti Teknologi Nanyang
Telefon (65) 6790 3507
ISSN 2010-0124