Latihan Guru @ Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (MLC) di Institut Pendidikan Nasional merupakan cabang  daripada Kumpulan Akademik  Bahasa dan Kebudayaan Asia.
Sejak awal penubuhannya, matlamat jabatan ini adalah bagi mengukuhkan program latihan guru dan pengajian kesarjanaan; serta kursus-kursus lanjutan bagi perkembangan profesional guru-guru bahasa Melayu dengan menawarkan pelbagai program yang bermutu tinggi. Di samping melatih guru-guru dengan kemahiran asas bagi mengajar di sekolah rendah dan menengah, MLC juga menawarkan peluang-peluang pengajian kepada guru-guru pelatih dan guru-guru dalam perkhidmatan dalam bidang-bidang yang khusus, sesuai dengan minat mereka.

Tujuan utama penawaran kursus-kursus di MLC adalah bagi menyediakan para pelajar untuk kerjaya dalam bidang pendidikan atas dasar nilai dan pendekatan  profesional yang kukuh yang wajib  dipraktikkan oleh mereka dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu.
DI MLC, ANDA BOLEH MELAKARKAN KURSUS ANDA SENDIRI.
Mempraktikkan Ilmu yang Dipelajari
Di luar bilik darjah, objektif-objektif pendidikan diteruskan pada waktu latihan mengajar (Praktikum). Melalui praktikum ini, para pelajar mendapat peluang untuk menggabung jalin di antara latihan teori dengan amali. Para guru pelatih dihantar ke sekolah untuk menyediakan, menyampaikan dan menilai pengajaran seharian di bawah bimbingan guru yang berpengalaman. Di samping itu, para guru pelatih juga dibimbing oleh pensyarah dari MLC serta mentor penyelaras dari sekolah , tempat mereka menjalani latihan amali. Pensyarah MLC melawat guru pelatih di sekolah sewaktu praktikum untuk berbincang, menyelia pengajaran, serta menilai hasil kerja guru pelatih.
MLC Homepage
Programme Description Link
Faculty and Staff Link
News and Calendar Link
Contact and Directions Link
Matlamat Yang Ingin Dicapai
Struktur Modular
Jabatan merencanakan  program-program modularnya kepada tiga cabang utama:  bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan/peradaban. Kebanyakan kursus diajarkan dalam bahasa Melayu. Kursus-kursus bahasa ditawarkan di semua peringkat yang merangkumi perkembangan psikolinguistik dengan meneroka kajian-kajian terkini serta model-model teoretikal bagi pemerolehan bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak, serta pengenalan
kepada teori-teori, permasalahan dan pengkaedahan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Kursus-kursus kesusasteraan berupaya meningkatkan kemahiran berbahasa di samping memperkenalkan penulis-penulis unggul kepada para pelajar. Kursus-kursus Kebudayaan dan Peradaban pula meneroka perkembangan sosial, politik, intelektual dan budaya di negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu.

Memperkaya Pengalaman
Di samping pelbagai aktiviti pembelajaran, banyak lagi kegiatan tambahan yang kerap dilaksanakan seperti  simposium mingguan jabatan, persembahan-persembahan tahunan oleh  persatuan pelajar NIE/NTU (PERBAYU), perbincangan-perbincangan bahasa, kolokium, serta kuliah-kuliah daripada pensyarah luar telah memperluas  daya pemahaman para pelajar tentang bagaimana bahasa dipelajari serta sifat dan peranan budaya dalam kehidupan.  Pengalaman sedemikian mampu  menyediakan diri mereka untuk menyuntik kemahiran komunikatif di jiwa anak didik mereka.